Skuadron X-Ray GGK , each star represent enemy killed.



Kecian pulak tengok special forces UK dah tak boleh guna logo tengkorak>

Mesti jeles bila tengok logo Skuadron X-Ray GGK ni. Apakah asal usul logo ini. Mari kita baca petikan blog DenCdo.

Maso mulo-mulo Den berbual dengan dio di PWTC, soalan pertamo Den tanyo, macamano X RAY Squadron , 21 Komando , boleh guno lambang tengkorak kek benderonyo. Menurutnyo, ia nya bermula bilo squadron itu diarahkan untuk melaksanakan operasi khas untuk memburu 7 pengganas kominis di kawasan RAUB, PAHANG pada awal tahun 60an. Setelah berminggu membuek penjejakkan, mereko telah berjumpo dengan kawasan perkhemahan kominis dan semaso pemeriksaan dibuek didapati ado 7 rangko manusio yang dipercayai anggota kominis yang telah mati kerana termakan buah beracun. Menurutnyo tengkorak manusio tersebut dikutip dan di bawak balik ke unit. Mulo-mulo tengkorak tu di simpan di Markas 21 Kdo, kemudian di simpan di Skuadron X Ray. Sojak itu tengkorak tersebut di jadikan lambang X Ray Squadron dan koka hinggo ke hari ini. Sejauh mano kesahihan cerito dio tak dapek Den nak pastikan

http://excdo.blogspot.com/2012/06/melayu-mudah-lupo.html

Menurut ceritanya Skuadron X-Ray merupakan satu skuadron yang paling digeruni jika dibandingkan dengan skuadron-skuadron yang lain kerana sejarah dan legasi yang telah dikisahkan mengenainya. Bendera skuadron ini mempunyai gambar tengkorak kepala orang dan terdapat dua tulang paha manusia yang disusun bersilang menggambarkan huruf X. Cogan katanya "MEMBUNOH TERUS MEMBUNOH". Selain dari itu terdapat 21 bintang yang berada di kain bendera itu. Menurut ceritanya setiap bintang itu mewakili seorang komunis/musuh yang berjaya dibunuh oleh anggota skuadron X RAY semasa era menentang Parti Komunis Malaya dan semasa operasi khas lain.

MMP
sumber DenCdo

Comments

Popular Posts