STRIDE telah membangunkan fasiliti kebuk EMC



Penggunaan pelbagai kelengkapan/peranti elektrik dan elektronik dalam sistem aplikasi ketenteraan telah meningkatkan kebarangkalian wujudnya gangguan pancaran elektromagnetik (electromagnetic interefrence; EMI).

Gangguan EMI ini seterusnya menjejaskan keberkesanan operasi sistem komunikasi dan pertahanan ketenteraan. Menyedari impak negatif ini, STRIDE telah membangunkan fasiliti kebuk EMC dan pengujian-pengujian yang mematuhi piawaian tentera (Mil-Std-461). Dengan kelengkapan, kepakaran dan pengalaman yang sedia ada, STRIDE telah membangunkan prosedur-prosedur untuk melaksanakan pengujian Electromagnetic
Compatibility (EMC) bagi sistem elektronik pertahanan dan komunikasi kenderaan ketenteraan.


Memandangkan kepada keupayaan STRIDE dalam memberi Perkhidmatan Pengujian EMC, 17, Tim EMC STRIDE telah dipelawa oleh DEFTECH untuk melaksanakan Pengujian EMC ke atas Kenderaan Berperisai AV8 yang telah dibangunkan oleh pihak DEFTECH. Terdapat 10 jenis varian kenderaan berperisai AV8 yang perlu diuji secara berperingkat-
peringkat yang mengambil masa selama empat tahun.

Sumber STRIDE

MMP

Comments

Post a Comment

Yah yah...no racist stuff ok ... i will delete it in no time .... and i hate politics, although i will allow political rants, be prepare for nasty flak from me if its contradict my view.

oh and please wrote your name even if its Anonymous. A person must responsible for his act and words. Dont be a coward.

Popular Posts