Helmet Mounted Cuing System (HMCS) untuk Helikopter MD 530G Tentera Darat Malaysia



Tentera Darat Malaysia telah membeli enam buah MD 530G Scout Attack Helikopter untuk kegunaan PUTD. Pesawat ini agak unik kerana buat pertama kali MD 530G ini akan merangkumkan pakej persenjataan yang custom termasuk Mission Management System yang lengkap yang tidak pernah terdapat pada model MD 500 yang sebelumnya.

Pakej khas ini juga akan merangkumi satu Store Managment System dan helmet yang dilengkapi Alat Helmet Mounted Cuing System (HMCS) hampir sama seperti helmet pesawat pejuang. Sistem HMCS yang canggih ini akan digunakan untuk mengenal pasti sasaran dan melakukan penjejakan, dan membolehkan roket berpanduan laser dan missile Hellfire ditembak dengan ketepatan tinggi.

Dengan jarak penerbangan pesawat ini lebih jauh berbanding model-model lain, pesawat MD 530G PUTD akan ditempatkan di ESSCOM untuk memburu dan memusnahkan penceroboh dari selatan Filipina.


MMP




https://www.defenseindustrydaily.com

Comments

  1. Kenapa do esscom aja...bagaimana sempadan malaysia thailand di sebelah kelantan dan utara tanahair...MD530G tak sesuai ker utk operasi maritim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana tak cost effective untuk split 6 heli ni. Ground krew dan maintenance krew terpaksa ada dua set hanya utk maintain 6 helikopter

      Delete
    2. sekadar pandangan...dkt utara tanah air takde insiden mcm kat lahad datu..walaupun ada masalah diselatan thailand,ianya tak menjejaskan wilayah kita..kumpulan pengganas pun jarang2 kita dgr kat sana..memadai dgn apa yg kita ada.so pd sy tak perlu aset2 sebegini dihantar ke sana.sekiranya berlaku insiden mcm lahad datu kt utara tanah air,secara automatik kerajaan akan implimen strategi sama seperti esscom kt situ..

      sy sgt suka stail kerajaan bila beli aset utk tentera..kalo beli mesti full package dan lain dari yg lain..

      Delete
  2. Di utara mgkn takda pengganas mcm lahad datu...tp penyeludupan berleluasa. Maksud saya dgn penggunaan heli kecil mcm md530G nie..operasi pemantauan utk pembenterasan penyeludupan lebih efektif..takut jugak terlalu menumpukan dkt lahad datu..bahagian lain di malaysia akan terdedah...sekadar pandangan..

    ReplyDelete
  3. kalo bab penyeludupan susah gak nk komen..sempadan msia dgn thailand dan indonesia beribu kilometer.. hutan tebal..susah nk kawal..pd pendapat sy, pakai heli untuk pantau penyeludupan hanya meningkatkan kos operasi.keberkesanan mungkin sedikit btambah..kalo dgn heli berkesan pantau penyeludupan,da lama kerajaan praktikkan..better pakai cara lain..dron ke,yg kosnya lebih rendah..

    ReplyDelete
  4. yg di taruh di LCS heli jenis apa bro,?

    ReplyDelete
  5. Bergandengan dengan apache indonesia hehe

    ReplyDelete
  6. What 4? A high tech helmet onboard a low tech light attack platform. Aku x rasa yg Malaysia akan memperolehi sistem seperti hellfire. Kos perolehan pesawat ini agak rendah. Sesuai dgn tugasannya. I doesnt need 2 b goldplated (as usual). Aku masih teringat isu pembelian helmet heli mi17 milik pdrm (yg akhirnya diserahkan kdp pihak bomba) dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya copy dari the aviationist

      "all the information collected by the plane’s sensors and positions it on the ground so that each pilot can look at a heads-up display and know exactly where the ground targets are positioned without the need to look inside the cockpit and never losing visual contact of these targets."

      Saya rasa tactical awareness begini bagus untuk tugasan pemantauan dan recon juga. Tak semestinya untuk mmembak hellfire

      Delete
    2. sy sokong sistem sebegini digunakan kerana sgt membantu pilot dan gunner dlm operasi mereka..sensor membantu mereka mencari sasaran lebih pantas dan tepat walau dalam cuaca buruk dan secara terus berintegrasi dgn sistem senjata..keputusan dapat dibuat dgn cepat..bukan ke tu satu faktor kemenangan dlm pertempuran..lihat post berkenaan EVS A400m,betapa sensor dr sistem sebegitu membantu pilot...dan pandangan sy,semua pesawat yg diguna utk engage dgn musuh wajib ada sistem hmcs..

      Delete
    3. What sensor?? Onboard FLIR? Adakah kita yakin yg sistem tersebut akan diperolehi? Aku lebih suka suka jika kita menunggu sistem sebenar diterima utk membuat rumusan kerana:

      a) aw 109 loh sepatutnya dipasang dgn sistem yg sama tp tidak. Ianya dilaporkan mampu utk dipasang dgn sistem persenjataan tp akhirnya kita memilih utk mendapatkan platform yg berbeza

      b) hanya beberapa unit sahaja dari keseluruhan squadron superlynx TLDM dlengkapi dgn sistem FLIR dan tidak menjustifikasi nilai perolehan yg tinggi helikopter tersebut walaupun ianyd mempunyai track record yg cukup baik

      It doesnt need to be bling up bro. Cuba kita lihat kos perolehan HMCS ini nanti. The helo's was a "good" buy. Tp.. i guess its the Malaysian way of doing business..

      Delete
    4. Takde detail lagi on the FMS part. Weapon and sensor.

      I stand corrected kalau hellfire tak di beli kemungkinan hmcs ini juga tidak di pasang.

      Tetapi one of the main reason pembelian HMCS ni ialah keupayaan beroperasi yang lebih baik pada waktu malam berbanding penggunaan mounted NVG pada helmet semata.

      Delete
    5. The helicopter have a crew of two. Maklumat dari sistem flir akan dpantau oleh salah seorg crew pesawat. Dari satu sudut penggunaan HMCS memang sgt baik but at what cost.. its a low cost, low tech scout/assault platform. Just keep it simple. The money can be use for other purposes such as equiping the infantryman with proper sighting system such as the trijacon or ect. Helmet yg bakal diperolehi bukannya murah bro kalau kita lihat kembali sejarah perolehan sistem seumpamanya oleh negara kita. Lebih2 lagi jika kita masih mengamalkan polisi pembelian melalui org tengah @ syarikat tempatan. Better buy directly from the oem la bro. I personally knew one of these so called "local" defense cntractors. They made a killing from such cntracts. No after sales service. No technical staf no nothing. Apa kepakaran dan kelebihan yg mampu mereka tawarkan kpd agkatan tentera kita??

      Delete
    6. Jgn ada yg salah faham pula dgn komen aku nanti. Im no politician. Im not a fan of corruption story. Im just a defense geek who love everything that goes bang. Tapi trend perolehan aset dan industri pertahanan tempatan boleh dianggap agak menyedihkan (not all). To much hanky panky policy yg akhirnya akan memberi kesan terhadap pertahanan negara kita.

      Delete

Post a Comment

Yah yah...no racist stuff ok ... i will delete it in no time .... and i hate politics, although i will allow political rants, be prepare for nasty flak from me if its contradict my view.

oh and please wrote your name even if its Anonymous. A person must responsible for his act and words. Dont be a coward.

Popular Posts