A400M - MENINGKATKAN KEUPAYAAN LOGISTIK TUDM



A400M - MENINGKATKAN KEUPAYAAN LOGISTIK TUDM

oleh ikansadinmknorang

Pesawat pertama A400M Atlas untuk Tentera Udara Diraja Malaysia sudah siap menjalani fasa pemasangan bahagian utama pesawat dan bakal menjalani ujian daratan dan ujian penerbangan.

Pesawat bernombor MSN022 yang kini berada di Seville, Sepanyol telah siap fasa pemasangan bahagian utama yang merangkumi, kerangka utama (fuselage), sayap dan ekor pesawat (wing and tailplane), kokpit pesawat serta gear pendaratan.

Fasa ujian ini akan berlarutan sehingga pesawat siap untuk di serahkan kepada TUDM pada tahun 2015, dengan jangkaan pesawat kedua dan ketiga diserahkan pada pertengahan 2015 dan pesawat keempat pada awal 2016.

Kumpulan pertama tim juruterbang pelatih telah berada di Seville untuk fasa latihan penerbangan dan ini akan diikuti oleh kumpulan teknisyen dan jurutera pesawat.

A400M adalah pesawat pengangkut taktikal antara benua dengan keupayaan setaraf C-17 Globemaster III dari segi jarak jangkauan operasi dan keupayaan untuk melakukan pendaratan di landasan terbang yg tidak berturap seperti pesawat C-130 dan C-27J.





Pesawat ini memberikan keupayaan logistik dan taktikal militer antara benua kepada TUDM, membolehkan ia melaksanakan tugasan jarak jauh selain memberikan tambahan jarak operasi kepada pesawat pejuang TUDM sedia ada dengan tugasan pengisian minyak diudara, salah satu dari keupayaan A400M yg menjadi anjakan kuasa tempur pesawat pejuang TUDM.

rujuk link untuk sumber asal artikel :

http://www.janes.com/article/43550/first-a400m-for-malaysia-takes-shape

http://www.flightglobal.com/news/articles/picture-malaysias-first-a400m-takes-shape-404047/

http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2013/10/gagah-di-udara-airbus-a400m-royal.html

ikansadinmknorang

Comments

  1. Terima kasih untuk artikel yang berinformasi

    ReplyDelete
  2. pesawat turboprop gni ajha masih dibuatkan sm org lain.....
    nuh CN235 indonesia,,buatan ank bangsa bro....
    tp sukses lah untuk malaysia,,moga lebih maju lg,,n bersama kt maju...yakk...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN235 itu joint venture sama Spain kan masbro?jikalau salah sila perbetulkan.

      Apa2 pn mari kita maju kehadapan bersama2.

      Delete
  3. Silakan bermimpi setinggi-tingginya bersama UMNO sebelum bermimpi itu diharamkan .......

    Betolkah kabar berikut ini .... Pengiriman 2 unit A400M order Malaysia ditunda atau dibatalkan oleh pihak Airbus menyusul kegagalan Maalysia melunasi order pesaawat tersebut sesuai schedule yang telah disepakati bersama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak menyamar jadi rakyat Malaysia sila betulkan dulu Bahasa Melayu anda.

      Delete

Post a Comment

Yah yah...no racist stuff ok ... i will delete it in no time .... and i hate politics, although i will allow political rants, be prepare for nasty flak from me if its contradict my view.

oh and please wrote your name even if its Anonymous. A person must responsible for his act and words. Dont be a coward.

Popular Posts