MANJANIQ - kesinambungan penguasaan teknologi militer ISLAM



MANJANIQ - kesinambungan penguasaan teknologi militer

Dalam kecoh2 para jihadis wannabe dan pak serban mengenepikan teknologi persenjataan..ilmuan Islam seperti Yusuf ibn Urunbugha al Zaradkash dan Ibn Shabir al Manjaniq serta Salman al Farisi yg merupakan sahabat Rasulullah menguasai ilmu pembuatan senjata jarak jauh atau artileri..Rasulullah....Salahuddin al ayubi dan Muhammed Fateh...merupakan military tactician yg gerakan dan atur gerak tentera serta taktik peperangan mereka dipelajari komandan dan jendral perang seluruh dunia dan diajar di kolej2 tentera ulung...

Jelas tentera Islam bukan semata2 bergantung kepada pedang dan panah sahaja serta keyakinan pada tuhan yg hakiki tetapi diperkuat dengan penguasaan teknologi perang utk menggentarkan musuh yg nyata dan tidak nyata.

Contoh yg jelas adalah pengunaan manjaniq..atau trebuchet yg bukan ciptaan asal muslimin tetapi dari tanah eropah..namun penguasaan pembuatan manjaniq serta pengunaan nya yg optimum serta taktik yg diperhalusi memberikan impak yg kuat kepada kemenangan tentera Islam.

Lihat sahaja pengepungan Thaif dizaman Rasulullah dimana manjaniq digunakan dan diperkenalkan oleh Salman Al Farisi sebagai senjata sokongan untuk meruntuhkan benteng kota Thaif...nah adakah pedang dan panah sahaja mampu untuk menundukkan Thaif.....

Begitu juga penggempuran dan pengepungan Jerusalem ketika era Salahuddin al ayubi dimana manjaniq atau muslim engine digunakan untuk menggentarkan tentera salib yg bertahan didalam kota Jerusalem..hingga mereka menyerah dan tampuk kuasa kota tersebut berpindah dari penguasaan kristian katolik kepada muslimin arab...dan apa yg menarik...pengunaan manjaniq dan pedoman2 perang ini ditulis dan dibukukan oleh Mardi Ibn Ali Al Tarsusi dizaman Salahuddin....

Saya menyebut tadi Yusuf ibn Urunbugha Al Zaradkash...beliau menulis kitab bertajuk Kitab Anfiq Fi Al Manjaniq pada tahun 1462 yg memberikan panduan khusus pembinaan manjaniq serta pengoperasian senjata artileri itu secara teori dan praktikal..

Ini agak mengejutkan dan bertentangan dengan fahaman jumud sesetengah muslim sekarang yg hanya pentingkan pedang dan panah...mengenepikan ilmu peperangan...taktik strategi dan kepentingan logistik serta perisikan...selain penguasaan teknologi alatan perang dan pembangunan industri militer yg mereka anggap adalah hasutan yahudi....agak dangkal dan jumud pemikiran sesetengah jihadis wannabe dan serbanistas fanatik ini yg terlalu rigid dan menyusahkan agama itu sendiri...

Sedangkan manjaniq itu berasal dari eropah...mengapa Rasulullah..ilmuan islam dan komandan perang muslimin amat mengambil berat pengunaan senjata berat jarak jauh ini....apa hikmah disebalik senjata ini

Lebih mengejutkan..manjaniq binaan jurutera Muslimin mendapat tempat dihati komandan perang China....

Tulisan Rashid Al Din Hamadani menyebut dalam kitabnya berkenaan manjaniq yg dibina oleh jurutera Muslim bernama Talib datang ke Damsyik dan Balbaek berasama anaknya Abu Bakar..Ibrahim dan Muhammad serta pekerja2 nya menyiapkan 7 manjaniq ifranji bersaiz besar utk kegunaan pengepungan kota Sayanfu di tanah besar China di era dinasti Song....

Dan manjaniq ini dikenali dengan nama cinanya sebagai huihui pao atau muslim bombard

Nah..apa kesimpulan dari penulisan malam ini.....

Sejak zaman rasulullah dan khalifah lagi...teknologi senjata dan industri persenjataan adalah aspek penting yg memastikan daulah Islamiyyah terus berkembang dan tegak..dapat bertahan dari angkara murka dan terus makmur....mengembangkan sayap daulah dari timur ke barat...

Saya masih belum menyentuh aspek militer dan teknologi militer lain serta taktik dan strategi yg digunakan tentera khalifah dan muslimin...

Pada dasarnya....penguasaan teknologi perang dan pembangunan kompleka industri pertahanan itu wajib dan penting dalam memastikan kedaulatan ugama dan negara terus kekal....

Jangan kita terlalu jumud...terlalu rigid dalam ugama...sehingga menolak mentah2 ilmu pengetahuan dan teknologi dan hanya menumpukan ugama dan ibadat sahaja....

Kesinambungan manjaniq..teknologi orang eropah yg dikuasai muslimin ini perlu kita contohi dalam mendepani zaman kini....bukan saya suruh utk gunakan manjaniq dimasa sekarang tetapi mengambil hikmahnya utk kita aplikasikan kedalam zaman kita kini....

Ciptakan senjata perang sendiri...raifal..kenderaan tempur..pesawat...kapal perang...alatan elektronik dan sistem yg membantu tentera melaksanakan tugasan perang dengan lebih efisien dan optimum....dari peluru raifal hingga misil jarak jauh...roket dan uav.....itu semua yg perlu kita kuasai tatacara pembuatan...pembangunan teknologi dan pengaplikasian nya dalam pertempuran....

Secara tidak langsung ia turut membangunkan ekonomi...lihat bagaimana Talib dari Damsyik membina manjaniq utk empayar Song....

Kesinambungan ini dapat dilihat di beberapa negara Islam...Turki amat maju kedepan dalam industri perang mereka...begitu juga Mesir...tidak dilupakan Pakistan...malah kita boleh belajar dari Iran dan Indonesia yg sekian lama di embargo dan bagaimana mereka mandiri dalam industri perang mereka....

Fikirkan....

Perang itu bukan dengan pedang dan panah semata2....ya Rasulullah berkata ajarkan anak2 kami berkuda..berpedang dan memanah....ia adalah satu peringatan yg melangkaui zamannya....jangan lupa utk ajarkan anak2 untuk mengendali senjata moden dan tradisional....belajar tentang ilmu berkenaan pembuatan material...pengolahan gelombang elektromagnetik...kejuruteraan baik mekanikal...elektrikal...aeronautikal dan nautikal....itu isi peringatan tersebut...

Jangan jadi terlalu jumud sampaikan belajar ilmu dunia dikata sesat dan yahudi....

Ikansadinmknorang

Comments

Popular Posts