“Makan dia! Makan dia, beb! Lagi! Lagi! Lagi!” the day MKM almost get the Raptor


All picture from NST dan internet

Mula 2 baca di sini blog marhalim abas Malaysian Defence. Full artikel di sini
http://www.nst.com.my/node/7204

Aku translate artikel asal oleh Haris Hussain.. minta maaf lah bukan pandai sgt BI.

“FIGHT’s on! Fight’s on!”

Mogwai dengan pantas dapat tangkap kelibat sasaran di sebelah kanan. Dia menyusur sasaran itu dengan pantas... pada kelajuan 900 knot kedua2 pesawat merapat dengan cepat.

Kedua2 pesawat melepasi satu sama lain seperti kilat, hanya kelihatan garisan kabur hitam dan kelabu.. begitu laju sekali closure rate mereka. Mogwai tidak berkelip pun semasa beliau menyentap control stick ke perut dan pesawat su-30MKM beliau melakukan tight left turn yang pantas.

Mogwai menarik nafas dalam2 sambi G-force menekan tubuhnya dengan kuat, dalam masa yang sama beliau berusaha dengan susah payah memaling kan leher nya kearah sasaran. Sebuah F-22 Raptor.

Sambil tangan bermain throttles , mata beliau tidak pernah beralih dari sasaran beliau.. dalam masa yang sama juga beliau sentiasa memantau airspeed pada HUD, Mogwai tidak mahu kehilangan air speed dalam pertempuran jarak dekat.

Kedua2 buah jet pejuang ini sedang melakukan dogfigt pada ketinggian 15 ribu kaki di Grik, Perak. Mogwai dan Smegs yang merupakan weapons systems officer sedang menerbangkan pesawat paling berbisa TUDM iaitu SU-30MKM Super Flanker multirole fighter.

Nozzles berkembar enjin thrust-vectoring Lyulka AL-31FP menari2 dengan sudut2 yang mustahil dan Mogwai sedikit demi sedikit berjaya menghalakan muncung MKM kearah F-22 tersebut.

Mogwai melihat raptor tersebut dan target designator box (TDB) pada HUD terkunci kemas kepada stealth fighter tersebut. Sekarang Mogwai cuma perlu bawa 'piper; gun sight kedalam TBD dan menekan butang tembakan. Dibelakang Megwai , Smegs memberi galakkan kepada Megwai dengan penuh semangat.

“Makan dia! Makan dia, beb! Lagi! Lagi! Lagi!”

Smegs menjerit kedalam radio kepada Mogwai. Smeg juga mengatur taktik, menganalisa situasi ancaman, memberi galakan kepada pilot dan juga menjadi mata belakang kepada Mogwai dalam meningkatkan situational Awareness pilot.

Dalam pertempuran 1vs1 ini Raptor dilengkapi dengan Aim 9M sidewinder dan Gatling-type 20mm M-61A Vulcan cannon manakala MKM membawa R-73 Acher dan 30mm, single-barrel Gsh-301 cannon.

Ini merupakan pertempuran kedua sebenarnya dimana dalam pertempuran pertama kelebihan berpihak kepada Su-30MKM. Di sebabkan tangki minyak masih berisi exercise director memberi kebenaran untuk enggagement ke dua.

‘GUNS,GUNS,GUNS!’

Kesudahan dogfight bergantung kepada berberapa perkara, aerodinamic dan kemampuan enjin, minyak, posisi matahari di mata pilot, dan skill pilot dan keupayaan beliau membuat keputusan yang pantas dan tepat. Kelebihan2 ini boleh hilang dalam sekelip mata dengan melakukan kesilapan atau salah kira yang paling kecil pun.

Mogwai semakin hampir merapatkan piper kedalam kotak TBD dan bila2 masa sahaja Raptor akan ditembak menggunakan meriam 30mm, tetapi dengan tiba2 pilot pesawat raptor tersebut mengubah pitch muncung pesawat beliau keatas dengan pantas, cloud vapour terbentuk di kepak raptor tersebut dan dengan supercruise pesawat itu meluncur ke atas menegak dengan kelajuan dan high G yang tinggi.. keluar dari lock su-30MKM.


“Pacak! Pacak! Dia pacak, bai!”


Smegs menjerit, speed break di tarik .. mogwai nampak pergerakkan raptor tersebut tetapi terlewat mengikut menuver tersebut dalam nano saat dan akhirnya Raptor tersebut berjaya melarikan diri.

-----------------------------------

Hari tu sapa ntah dalam FB mmp kata pilot cerita kat dia TUDM kena tapau teruk.. ko kuat kencing eh.


GaGaK

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. SALAM SILAHTURAHMI SAHABAT MALAYSIA,....... kita bisa saling bertukar informasi tentang kegiatan dan perkembangan Militer Indonesia dan Malaysia ...

    ReplyDelete
  3. Proud with our forces..truskan bg info mmp..seronok baca..

    ReplyDelete
  4. TUDM Pilot mmg diantara pilot 'gila' selepas Russian fighter..

    ReplyDelete

Post a Comment

Yah yah...no racist stuff ok ... i will delete it in no time .... and i hate politics, although i will allow political rants, be prepare for nasty flak from me if its contradict my view.

oh and please wrote your name even if its Anonymous. A person must responsible for his act and words. Dont be a coward.

Popular Posts