SIAPA KATA PERISIKAN PASCA DARURAT TIDAK RELEVAN?


Semenjak dua menjak ini aku sering kali terbaca pandangan2 individu tertentu kononnya Cawangan Khas PDRM (khasnya) atau Perisikan itu sendiri (amnya) tidak relevan, redundant dan tidak perlu di pasca Darurat Pertama dan Kedua. Statement ni bukan datang dari penganalisa asing, bukan juga datang dari musuh tetapi yang mengejutkan datang dari pemimpin kita sendiri.. orang yang rakyat pilih.

Persoalan yang di timbulkan, di mana perlunya operatif perisikan ? kenapa negara perlu ada seksyen counter intelligence dan pengumpulan maklumat? Kan negara kita aman dan tiada musuh? Mula-mula aku baca sebenarnya aku rasa lucu. Sehinggalah ada individu mendedahkan jumlah sel SB yang bertugas di luar negara. This is not fukin funny anymore.

Mengapa ada rakyat Malaysia memiliki sudut pandangan yang mcm ni aku pun tak tau.

Perisikan bukan sesuatu yang tidak relevan, redundant dan tidak perlu.

Gambar menunjukkan anggota Cawangan Khas terkorban dalam tugas. Wira yang tidak di dendang.. Gambar sumber Nation Before Self oleh Yuen Yuet Leng

Pandangan orang biasa mungkin melihat Malaysia ni dalam suasana aman damai... tiada musuh kononnya. Zaman darurat dulu musuh negara kita jelas, PKM/MNLF dengan uniform dan bendera komunis, merupakan musuh yang jelas. Negara kita berjaya mengalahkan mereka melalui kombinasi operasi ketenteraan dan perisikan. Di pandangan mata rakyat kini kita dah aman.. kita tiada musuh.

Anggota cawangan khas dalam operasi perisikan. Gambar sumber Nation Before Self oleh Yuen Yuet Leng

Namun aku tak nampak macam tu pun. Nak tau kenapa? Secara jujurnya apa yang aku nampak sekarang lebih menakutkan berbanding masa darurat dulu. Ianya menakutkan kerana kita tidak lagi mengenali musuh kita dengan jelas. Musuh tidak lagi wujud di atas peta dan sempadan seperti pengganas komunis dulu. Mereka bukan lagi musuh yg secara jelas dan terang melancarkan perperangan.. tetapi mereka ialah individu-individu yang wujud di kalangan kita. Mereka kelihatan sama seperti kita, menjalani kehidupan seperti kita.. bezanya dalam senyap dan halus mereka berdendam, tidak puas hati dengan cara Malaysia, Sistem Malaysia.

Gambar hiasan. Milik www.themalaysianinsider.com

 Korang pandang keliling dan ko lihat rakan sekerja, atau pejalan kaki, atau tukang cuci di ofis... kamu rasa kamu kenal mereka tapi realitinya kamu tidak mengenali isi hati setiap individu. Kemungkinan jauh di sudut hati salah seorang dari mereka memiliki dendam dan kebencian yang terbuku. Punca kebencian ini timbul boleh jadi banyak sebab. Sama ada kepercayaan ekstrim terhadap ideologi politik atau ketaksuban membuta tuli kepada pemimpin? atau mungkin hanya di sebabkan perkara-perkara kecil yang mana merupakan social illness yang melanda masyarakat?.. Walau apa pun motif kebencian ini mereka bertekad menentang keharmonian negara kita, merancang secara halus, berlindung di sebalik badan2 tertentu atau hanya berlindung di sebalik pseudonym di alam siber...  Mereka bergerak di dalam bayang kelam.

Ini medan perang mereka.

Perisikan, berperang di dalam kesamaran ini. Perisikan umpama lampu suluh. Kamu terdengar bunyi di luar rumah? kamu keluarkan lampu suluh. Cawangan Khas dan badan-badan Perisikan lain di Malaysia berperang di dalam bayang-bayang ini.. menyuluh musuh yang tiada uniform, tiada bendera.. tidak wujud di atas peta. Perisikan menghadapi ketakutan ini supaya aku dan korang tak perlu takut menaiki LRT dan Bas tanpa bimbang ianya di letupkan.


Gambar menunjukkan anggota Cawangan Khas terkorban dalam tugas. Wira yang tidak di dendang.. Gambar sumber Nation Before Self oleh Yuen Yuet Leng

Perisikan negara kita 24 jam sehari tanpa henti memantau, mengumpul maklumat menggunakan HUMINT dan SIGINT kemudian bertindak diatas meklumat tersebut demi kesejahteraan negara. Memang betul kadang-kadang maklumat A1 yang di sampaikan ke atas tidak di ambil tindakan atau di abaikan oleh pemimpin awam. Perkara mcm ni memang kadang2 berlaku dalam dunia perisikan kerana lack of political will untuk take action. Tapi kita harus sedar, Perisikan sentiasa vigilant memantau musuh-musuh negara dan juga mereka-mereka yang berisiko boleh menjejaskan integriti keselamatan negara. Mereka berjasa dan jasa mereka tidak di dendang sehingga akhir hayat mereka. Mereka terima pingat keberanian dalam diam. Mereka bertugas dengan senyap dan efisyen.

MEREKA IALAH ANGGOTA PERISIKAN NEGARA KITA.

Jadi aku nak tanya lah kat korang, terutamanya yang fikir Cawangan Khas ni dah tak relevan. Adakah anda rasa selamat sekarang?

Manui Dat Cognitio Vires

GaGaK

Comments

  1. Dalam apa-apa senario keselamatan negara bergantung kepada 'good intel'. Negara aman kerana 'good intel'. Sesuatu negara menang dalam peperangan adalah kerana good intel. Tanpa 'good intel' kita umpama orang buta yang tidak bertongkat. Hanya pemimpin gila saja yang tidak perlukan 'good intel' atau yang ada 'udang sebalik mee'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih menakutkan bila kita gagal mengenal musuh kita

      Delete
  2. Bro GGK,

    Puak pembangkang ni sedar mereka under constant surveillance oleh SB ngan ATCK. Setiap gerak geri kena pantau. Lagi-lagi kalau libatkan jiran kat selatan. Research JPM pun suluh sekali.

    Mereka yang insist Perisikan pasca Darurat dah tak relevan, SB lebih baik redeploy dan reassign ke dalam CID untuk crime combatant, SB cuma tau risik politician, jumlah anggota SB lagi besar berbanding zaman darurat kononnya menunjukkan "negara dah tak selamat", sebenarnya kumpulan yang sama yang mendesak kerajaan mansuhkan ISA, Akta Hasutan dll.

    Perlu diingat mereka ni jugak yang berjumpa top figures di Filipina secara rahsia sebelum tercetus insiden Lahad Datu. Pendedahan sel SB yang beroperasi kat London memang serious high level breaching. Macam mana Nurul Izzah boleh dapat akses maklumat sensitif macam tu? Ikut kenyataan, die study perbelanjaan PDRM kat London, lepas tu comes to conclusion 30 SB kat kota London. Boleh caye ke?

    Btw, respek kat Jabatan Petugas Khas Bukit Aman. JI, sel Darul Islam kat Tawau, Mas Selamat kat Skudai, pemimpin LTTE yang sembunyi kat Malaysia berjaya dineutralkan. Mungkin banyak lagi yang tak didedahkan. They are truly the nation unsung heroes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak lagi.. pernah lihat macam2 fail semasa hari belia dulu.. namun tak di benarkan ambil gambar

      Delete
  3. Ade segolongan individu yang sengaja menimbulkan isu perisikan tidak perlu hanya kerana ingin mencari political mileage murahan.

    Tanya lah mereka si ahli politik apakah mereka tidak ada spy-spy untuk mengetahui perkembangan kawan dan lawan mustahil la tidak.

    Tak payah jadi ahli politik kita yang bekerja biasa pun ada unsur-unsur perisikan untuk memantau keadaaan di sekeliling kita jadi mustahil pihak berkuasa tidak ada apparatus perisikan demi menjaga keselamatan.

    Cuba tengok amerika,british,israel dan jiran-jiran kita jadi jangan berlagak naive dan bodoh.

    ReplyDelete
  4. Pada tahun 90 pernah keluar berita Australia Secret Intelligence Service funding beberapa ahli politik di Malaysia dan sejak Malaysia menjalinkan kerjasama dengan China tahun 70an pihak barat dengan bantuan Singapura dan Australia telah memulakan SIGINT operation ke atas kita. Pindahnya pusat tadbiran negara ke Putrajaya adalah langkah bijak mengekang mereka dari collect intel. Tetapi muncul ancaman baru apabila beberapa orang dalam pentadbiran awam sanggup untuk menbocorkan maklumat kerana wang dan fahaman sempit ternyata hasil brain wash media barat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putrajaya mmg facility yg secure dari eavesdropping.. tetapi jangan pandang rendah kepada 'complacency'.. kecuaian keselamatan dan human error boleh menyebab kan breach dalam keselamatan

      Delete
  5. Kpd sesape yg bkata.. "Perisikan itu sendiri (amnya) tidak relevan, redundant dan tidak perlu sbagaimana pasca Darurat Pertama dan Kedua."..

    Ini gua punya jawapan..."Lu tunggu emak lu kna rogol..adik pempuan lu kena liwat depan mata kepala lu..dan batang tubuh lu sendiri kena kerat!!! baru itu jam lu tau dan berdetik dlm hati lu....oooo perlu rupanya!!!"

    **Jawapan yg paling cantek kepada puak yg bementaliti lebih rendah dari babi hutan dan suka pertikai ttg keselamatan daulat negara.

    ReplyDelete
  6. Perisikan, berperang di dalam kesamaran ini. Perisikan umpama lampu suluh. Kamu terdengar bunyi di luar rumah? kamu keluarkan lampu suluh. Cawangan Khas dan badan-badan Perisikan lain di Malaysia berperang di dalam bayang-bayang ini.. menyuluh musuh yang tiada uniform, tiada bendera.. tidak wujud di atas peta. Perisikan menghadapi ketakutan ini supaya aku dan korang tak perlu takut menaiki LRT dan Bas tanpa bimbang ianya di letupkan..

    'Mereka berjasa dan jasa mereka tidak di dendang sehingga akhir hayat mereka. Mereka terima pingat keberanian dalam diam. Mereka bertugas dengan senyap dan efisyen.'

    '

    Terima Kasih pejuang senyap yang tak mengenal erti cuti..menahan kerinduan ingin menjadi seperti kita..bijak..pakar..taatsetia..dan berbagai kebolehan yg ada pd seorang perisik.thnxs!salute!

    *teringat aku time study dulu prnah jumpa sorg brader ensem..cool..isap rokok jenis.....
    menghilang

    ReplyDelete

Post a Comment

Yah yah...no racist stuff ok ... i will delete it in no time .... and i hate politics, although i will allow political rants, be prepare for nasty flak from me if its contradict my view.

oh and please wrote your name even if its Anonymous. A person must responsible for his act and words. Dont be a coward.

Popular Posts