MENGHADAPI ANCAMAN DI LAUT LEPAS - PERTINDIHAN WILAYAH LAUT DAN MENGEKALKAN KEHADIRAN MILITER


MENGHADAPI ANCAMAN DI LAUT LEPAS - PERTINDIHAN WILAYAH LAUT DAN MENGEKALKAN KEHADIRAN MILITER

OLEH - ikansadinmknorang

SGPV-LCS - UNJURAN KUASA MASA DEPAN

Kita sedia maklum akan niat RMN untuk mendapatkan 6 buah kapal perang Gowind class dari Perancis yg mana kerja2 pembinaan akan bermula tahun hadapan..dengan urusan tahap akhir berkenaan nominasi vendor dan pembekal telah dibuat menantikan lampu hijau untuk kerja2 first steel cut.

Program SGPV-LCS ini adalah kesinambungan dari progam NGPV yang asalnya memperlihatkan 6 buah kapal peronda dengan jumlah keseluruhan kapal untuk RMN berjumlah 27 buah namun di cemari permasalahan kewangan dan pengurusan oleh limbungan yang telah di nominasi oleh kerajaan dan RMN untuk menyebabkan program NGPV terbantut.

Ini memberi satu petanda yang RMN sememangnya amat memerlukan sejumlah besar platform permukaan untuk tujuan rondaan selain menggantikan platform2 peronda sedia ada yang telah berkhidmat sejak zaman konfrontasi lagi..

SGPV - LCS adalah satu program yang memberikan RMN kapabiliti pelbagai pada platform kombatan permukaan selain meningkatkan lagi tahap siaga sedia ada armadanya dimana ia akan memperlihatkan keupayaan tempur di laut lepas tetapi pada masa sama juga akan melaksanakan tugasan pesisiran pantai.




Umum perlu faham yang ancaman sebenar tidak datang dari selatan tetapi dari dua kuasa besar yang masing2 cuba untuk mengekalkan atau menidakkan hegemoni dan pengaruh masing2 di rantau sebelah sini untuk kepentingan geo strategik dan ekonomi mereka...dalam menangani ancaman ini Malaysia juga perlu mempunyai bargaining power untuk kekal neutral selain mengelakkan kita dari tunduk sebagai vassal state atau proksi kepada mana2 kuasa besar yang bertelagah kerana kemampuan militer kita tidak disegani....ini jelas terjadi kepada Filipina dimana mereka mengharapkan medan dialog dan saluran diplomatik tetapi tidak mempunyai bargaining power dan seterusnya terpaksa memohon bantuan daru AS bagi mengimbangi PRC dalam tuntutan bertindih di Laut China Selatan...

Dengan platform tempur permukaan sebegini ia memberikan RMN kapabiliti untuk menghadapi ancaman yang datang dari laut lepas dan seterusnya memberikan Malaysia lebih bargaining power dan show of presensce bersama2 aset tempur sedia ada bagi terus mengekalkan kedaulatan perairan kita...kita semua perlu berhadapan dengan armada dengan kekuatan tempur yang tidak boleh dipandang enteng...terus terang PRC dilihat sebagai ancaman tetapi pada masa sama kita juga perlu melihat akan assertiveness US yang cuba mengimbangi kuasanya di barat Pasifik.

Senario serantau terutama di kawasan perairan Laut China Selatan dan gugusan kepualan Spratly yang semakin hangat, keagresifan PRC keatas tuntutan kepualaun Senkaku dengan Jepun dan juga perselisihan PRC dengan negara2 ASEAN seperti Filipina dan Vietnam memerlukan RMN juga perlu berada di kawasan tuntutan bertindih sebilang masa dan bersiap siaga dengan apa sahaja aset untuk mengekalkan kedaulatan negara sekali gus menidakkan apa usaha yang cuba dibuat oleh mana2 kuasa untuk menidakkan kedaulatan wilayah laut kita dengan cara militer.

Ini memberikan satu justifikasi akan kepentingan dan keperluan RMN untuk mengoperasikan aset tempur permukaan bagi menghadapi ancaman masa depan.

Dalam menghadapi tuntutan bertindih ini, kehadiran militer adalah satu cara efektif untuk mengekalkan hak dan kedaulatan dan ini dimainkan dengan efektif oleh kebanyakan negara2 yang menuntut hak dan kedaulatan di gugusan Spratly....taburan pangkalan tentera dan kehadiran kapal2 perang adalah satu indikator kepada tetangga atau ancaman murka bahawa wilayah tersebut adalah berdaulat...

Sehingga kini proses tahap akhir sedang di kemas kini berkenaan persenjataan dan penderiaan bagi platform tempur baru RMN ini, dan diharap ia akan memberikan satu unjuran kuasa yang ampuh serta mampu memberikan mana2 ancaman murka fatal blow kalau tidak menyebabkan mereka berfikir dua kali untuk membuat onar...

NAIKTARAF NGPV ADALAH KEPERLUAN MENDESAK

Dalam masa kita menantikan kehadiran SGPV-LCS, tidak patut tidak kita lupakan platform sedia ada yang perlu di tingkatkan keupayaan tempurnya..

Ramai dari kalangan awam bersentimen yang mana NGPV seharusnya dipertingkatkan keupayaan kombatnya..perlu dilengkapi persenjataan yang lebih ampuh setaraf frigate...ia tidak seharusnya menjadi kapal peronda semata2 tetapi turut dilengkapi taring yang mampu membuat ancaman murka berfikir banyak kali untuk membuat provokasi atau cuba menceroboh perairan negara..




Isu kewangan dan pentadbiran PSC-ND satu ketika dahulu sepatutnya cukup menjadi pengajaran kepada kita untuk lebih berhati-hati...kita tidak mahu melihat permasalah sama berulang kepada mana2 program perolehan militer yang lain...

Naiktaraf NGPV sedia ada di lihat perlu bagi membolehkan RMN terus kredibel dalam tugasan mempertahankan negara...

Melihatkan ancaman dari luar yang semakin berani menayangkan kuasa udara maritim dan kuasa armada permukaan...adalah tidak melampau jika RMN memberikan tumpuan pada naik taraf sistem persenjataan bagi tujuan peperangan paras permukaan dan juga peperangan anti pesawat lengkap dengan helikopter organiknya sendiri yang mampu memberikan peningkatan daya upaya kombat platform2 tersebut sebagai permulaan....

Masih belum ada desas desus mengenai persenjataan yang bakal ditempatkan pada NGPV tetapi melihatkan persenjataan yg sedia ada pada platform2 yang ada dalam pegangang RMN...maka tidak melampau jika dikatakan penempatan Exocet MM40 Block III adalah antara sistem yang bakal wujud diatas NGPV kelak....

NGPV semestinya perlu dinaik taraf dan ditingkatkan keupayaan kombatnya bagi menghadapi ancaman masa kini dalam senario konflik yang tidak menentu....keupayaan kombat yang dipertingkatkan ini bukan sahaja akan melonjakkan kuasa tempur RMN malah memberikan lebih banyak bargaining power selain menidakkan niat mana2 ancaman murka untuk melakukan pencerobohan...

SLEP - KASTURI YANG DITINGKAT UPAYA

Kasturi class corvette satu ketika dahulu adalah antara aset tempur permukaan yang canggih di era nya tetapi perkembangan teknologi dan kemasukan aset2 baru oleh tetangga sedikit sebanyak mengaburi keupayaan kombatan ini...justeru adalah bertepatan program pemodenan dan pemanjangan jangka hayat dilaksanakan bagi membolehkan aset tempur ini terus relevan dalam senario ancaman masa kini...

Jika melihat peningkatan upaya Kasturi...ia lebih fokus kepada peperangan bawah permukaan dan peperangan paras permukaan...walaupun amat mengecewakan bila melihat tiada peningkatan pada sistem peperangan anti pesawat namun rasional nya adalah perlindungan dari serangan pesawat udara boleh diberikan oleh aset tempur yang lebih berkemampuan seperti frigate Jebat class atau SGPV-LCS pada masa depan...

Selain itu...ketiadaan dedicated surface platform yg boleh membuat tugasan anti kapal selam menyebabkan Kasturi menerima naik taraf yang lebih banyak pada sistem peperangan bawah permukaannya...menjadikan Kasturi class sebagai dedicated anti sub platform dalam aset pegangan RMN....

Ini dapat dilihat dengan penambahan hull mounted sonar...selain naik taraf sistem elektronik dan penderiaan baru lengkap dengan pengintegrasian sistem persenjataan yang lebih moden...tidak salah jika mengatakan Kasturi yang dinaik taraf ini mempunyai keupayaan setaraf Jebat class frigate dalam dimensi peperangan paras permukaan dan bawah permukaan...

KERAJAAN PERLU MEMAINKAN PERANAN

Kerajaan seboleh2nya perlu memenuhi keperluan RMN kerana ia melibatkan kedaulatan negara...tidak boleh lagi barisan kepimpinan berdolak dalih dalam perkara yang melibatkan pertahanan malah kepimpinan seharusnya mengambil serius insiden2 yang sudah terjadi sepanjang tahun ini dan mengambil langkah drastik untuk memastikan ia tidak berulang lagi...

Pencerobohan di Lahad Datu...dan kehadiran armada republik rakyat China di James Shoal selain pencerobohan2 oleh bot2 nelayan dan kapal peronda asing memberikan petanda jelas yang RMN memerlukan lebih banyak aset permukaan lengkap dengan keupayaan tempur yang ampuh dan pemantauan yg mampu bertindak sebagai cegah rintang dan selain mengekalkan presence kita di wilayah2 yang bertindih ini agar kekal sebagai wilayah Malaysia yang berdaulat...

Kerajaan perlu mengambil serius insiden2 yang telah berlaku...dan cukup sudah bertelingkah tentang fahaman politik dan masa nya sudah lewat untuk barisan kepimpinan untuk lebih fokus kepada kepentingan2 negara yang lebih kritikal...

-sadinia-

Lagi mengenai GOWIND di sini
http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2013/07/malaysia-gowind-ecpins-w-electronic.html

Comments

  1. its harder to put there some SAM and other kind cruse missile ?
    tomahawk or something..
    do you ever heard about dolphin missile..?
    its good for surface and underwater with multiple device.
    and defend system missile will shock because dolphin can swim bend contortion,jump and fly..

    ReplyDelete
  2. sadinia.. nk copy ayt ko sket? nk post kt fb..

    ReplyDelete

Post a Comment

Yah yah...no racist stuff ok ... i will delete it in no time .... and i hate politics, although i will allow political rants, be prepare for nasty flak from me if its contradict my view.

oh and please wrote your name even if its Anonymous. A person must responsible for his act and words. Dont be a coward.

Popular Posts