MMP di Perarakan Raksasa Sempena HUT ATM 80 tahun part 1




MMP di Perarakan Raksasa Sempena HUT ATM 80 tahun part 1

Perarakan bermula dengan perbarisan daripada anggota infantri daripada ketiga-tiga perkhidmatan yang dimulai dengan kontinjen TD, TLDM, TUDM, Kontinjen Veteran ATM, Kontinjen Ops Daulat dan juga Kontijen Pranita ATM. Selepas itu, pertunjukan daripada Red Warrior yang mempamerkan aksi akrobatik bermotosikal sebelum persembahan pancaragam dari gabungan pancaragam ATM. Buat Julung kalinya, TD mempamerkan baju celoreng Digital terbaru untuk digunakan oleh Pihak Tentera Darat. Bagi Tentera Laut dan Tentera Udara celorang dipahamkan dalam peringkat akhir sebelum dilancarkan.

Perarakan seterusnya adalah pelbagai jenis kenderaan yang digunapakai oleh Tentera Darat Malaysia, diikuti persenjataan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang mempamerkan peluru pepandu exocet MM40 dan sistem persenjataan dari TUDM seperti Kh-31P dan Kh-59ME. Perbarisan kenderaan berat pula melintasi yang diakhir dengan AV8. Selepas itu, Satu pertunjukkan anti keganasan dan menyelamat tebusan dilakukan oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan.


tentulah perkara paling di nanti2 ialah Digital Camo baru Tentera Darat. Komen saya ialah Camo ni nampak bagus dan warnanya berkesan, walaupun begitu TD belum lagi mengimplementasikan penggunaan vest moden sepertimana yang kita lihat di gunakan semasa OPS Daulat. Secara overall camo ni nampak bagus pada saya lah. 

Apa pun jika pihak TD mahukan inspirasi bagi rekabentuk Vest individu anggota TD mai lah tengok berberapa cadangan dari saudara Rozaimi GW




Saya mendapat pass media hasil kerjasama dengan PANGGILAN PERTIWI. Ini ialah yang PP bekalkan pada saya dan ada lagi satu yang diberi oleh PR ATM.


Tak ketinggalan PT-91M pendekar dengan camo digital juga



tak dapek nak menulung dengan bebudak kecik yang merata2...


ADNAN ACV 300 juga menerima camo baru. Part 1 saya tunjukkan gambar2 dari HP saya. Enjoy












Comments

Popular Posts