Feb 22 2013- Insiden pencerobohan sudah masuk hari ke 10. Seperti yg di ketahui pihak polis memberi jaminan bahawa rundingan telah tamat dan proses pengusiran bermula. Oleh kerana pihak bersenjata masih tidak berganjak maka MMP mengandaikan bahawa tindakkan seterusnya sudah jelas.
Namun sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan di ambil ke atas penceroboh.
Pihak polis membuat rangkaian sekatan dan cordon yang paling ketat. Baru2 ini wartawan Al Jazeera di tahan di tengah laut ketika cuba menceroboh.
VAT 69 bersedia untur di atur gerak
Kisahnya bermula apabila IPD Lahad Datu telah menerima maklumat sekumpulan lelaki telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, dilaporkan membawa senjata M16.
Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’
bagi menghadapi sebarang kemungkinan... atau dalam kata lain.. buat aku sakit hati je.
Berita terkini penceroboh2 tersebut berikrar tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, mereka tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan.
Forum Pertahanan Tempatan PANGGILANPERTIWI.MY telah membuat poll mengenai insiden ini di FB. Kawan2 boleh baca di FB mereka di FB PANGGILAN PERTIWI .. mungkin sakit hati kawan 2 akan kurang sikit kut.
Poll ni menggambarkan sentimen aku sekarang.
gambar hiasan








assalamualaikum, pde pdpt saye, dlam hal sbgini, kiyte perlu bhati2 dlam menyelesaikan masalh, jgn terlalu gopoh, yg mne bleh mmbwe kpd pertumphan darah. kpd yg mmbrikan pdpt "BERUNDING SELG BOLEH, MENGIKUT CRE DEMOKRASI" @ "berbincang mencri jln penyelesaian yg terbaik, shingge membw ke perdamain, dan kumpulan tersebut keluar secre baik", anda adalah yg berpkir secre baik, dan sepkat ngan penylesaian tersebut. pde yg komen yg bodoh2, masukkan azwan ali lah, raje lawaklah, anda adlah masyarakat yg baghal, xde otak. seolah2, bende ni, mcm main2! perlu ade cre yg lebih baik, supaye xde nyawe yg melyg! soal sejarah, sume org tau, tapi, skrg dah berbeze! SABAH adlah sebhgian dri MALAYSIA, dan mne2 kumpulan pelampau yg masuk secare haram, WAJIB mengikut undang2 NEGARA MALAYSIA! klau mahu terus hidup, adelah baik keluar secare baik, sejarah dlu, tetap kekal, tetapi, akan berubah mengikut thun dan zaman!
ReplyDeleteTerima kasih cik Anon
Deletesaya pun sentiasa percaya cara berunding tu perlu. Cuma saya rasa krisis ni meleret lama sangat... ia mengikis kepercayaan rakyat terhadap angkatan tentera yang selama ini mereka sangat yakin akan melindungi setiap inci negara ini dari musuh.
Memang kita cinta damai, cinta sesama saudara seugama.. tapi bila dah berunding depa masih tak mau berganjak, kekerasan lah ubat nya.. lagi pun dah nak masuk dua minggu... yang depa buat perangai macam tu ada pikir perasaan kita? mana ada negara lain berlembut macam tu? Kena ingat bahawa:
Delete1) Kedaulatan Negara & maruah tiada ternilai.. sekarang dah tercalar..
2) Apa yg berlaku ini akan jd contoh kepada lain2 gerombolan/anasir luar di masa hadapan.. nanti ramai lg yang buat perangai mcm ni, pastu mintak mcm2..
3) Sentimen rakyat Sabah yg berbagai kaum.. yang Suluk/Tausug hanya minoriti di sana. Lagi pun semasa pembentukan Malaysia, rakyat sabah dah mengundi majoriti bernaung dibawah Malaysia.. Negara kita demokrasi maa..
4) Bagi depa sedar yang Malaysia lah yang boleh diharapkan membela agama/bangsa mereka.. nak harapkan Pilipin?? dah beratus tahun kene tindas apa..
5) Apa yang mereka perjuangkan adalah kepentingan keluarga raja itu sahaja, atas dasar dendam kerana dipinggirkan dalam rundingan MNLF & kerajaan Pilipina.. bukan perjuangan untuk agama dan bangsa.. keluarga2 raja yg lain pun bukan bersetuju dgn perbuatan ini & ada juga yg lain mengaku sbg sultan sulu..
6) Kesian kat anggota keselamatan disana.. brp lama nak drg lagi.. kesian kat keluarga2 mereka yg ditinggalkan..
7) NEGARA kita, HAK kita...
sekadar pandangan saya sahaja..
Saya klik azwan ali...saya baghal...terima kasih
ReplyDeleteSebagaimana pihak berkuasa menangani isu Al-Ma'unah, begitulah sepatutnye isu ini ditangani...jgn ade double standard.....perlu diingat ini adalah pencerobohan pihak asing.....dipercayai bersenjata.
ReplyDeleteKomando Malaysia adalah antara terbaik di dunia... KDN patut malu...
ReplyDeletetu geng2 MNLF yang terpinggir dari rundingan damai antara Filipina dan MILF, diaorang sakit ati bila kerajaan Malaysia bantu MILF dapatkan autonomi dari Filipina, MNLF dah tak laku sebab dulu mereka yang lead rundingan damai dengan Filipina tapi bila dapat kuasa mereka lupa daratan kemudia muncul kumpulan sserpihan bernama MILF yang sekarang mendahului mereka ditambah dengan sokongan kerajaan Malaysia, sebab tu mereka buat huru hara di sabah, dikatakan pula ada ahli poliutik Malaysia dan jumpa ketua mereka sebelum ni, mungkin pencerobohan ini dilakukan disebabkan politik dalam Malaysia juga, dalam usaha untuk tukar kerajaan dalam PRU akan datang, dan ahli politik tersebut dikatakan berjanji akan menyokong MNLF jika berjaya membentuk kerajaan Malaysia yg baru nanti...
ReplyDeletebunuh je,hal2 lain pk kemudian
ReplyDeleteartikel yang bermanfaat.saya link ke sini pinjam gambar tuan sekeping.
ReplyDeleteRamai yang menyebut 'bunuh bagi mampus', 'gunakan kekerasan' dan sebagainya; seolah-olah berharap sangat angkatan tentera kita berperang di Lahad Datu. Mungkin orang-orang ini tidak sedar bahawa walaupun orang-orang Filipina itu masuk membawa senjata, mereka tidak menyerang atau menembak. Ya, mereka masuk secara haram, tapi apa bezanya dengan pendatang asing tanpa izin dari Nigeria, China, Indonesia yang berlambak di Kuala Lumpur?
ReplyDeleteMungkin juga orang-orang yang mencadangkan kekerasan ni tak sedar, apabila penceroboh-penceroboh ini dihalau sehingga ada pertumpahan darah, penduduk Lahad Datu akan bertahun-tahun hidup dalam ketakutan dengan kemungkinan diserang rakan-rakan penceroboh ini.
Nak tunggu ada orang kena tembak baru nak ambil tindakan ke ? Dont show your @&*p£)ness
DeleteApa nyer banggang komen... nak bandingkan PATI Nigeria, China dan Indonesia yg masuk ke Malaysia... soklan utk si banggang ni.. adakah PATI tsb membawa senjatapi? ... kalau melibatkan senjatapi bukan kira PATI atau warganegara, memang besar kesalahannya kena ingat bodoh nak bandingkan dgn PATI yg xbawa senjata. Kalau melibatkan senjatapi warganegara pun silap2 kena hukuman mati der..
Deletesetuju kalau dibuat berhati-hati. mungkin spy kita tgh korek cari maklumat lain sekarang ni. almaklumlah negara kita tak stabil sekarang, org luar cari lubang utk serang kita mcm2 cara. kalo silap langkah, boleh bawak perang berlanjutan. kalo tak ngan sultan sulu, ngan filipin.
ReplyDeleteIlmu memang untuk di kongsi.. share lah
ReplyDeletetak ada tebusan kat tangan mereka. Main psikologi dulu akibat kedegilan mereka, biar dia berlapar, kurang serba serbi bekalan. Biar penyakit datang menyerang. Tengok tindakan mereka apabila keadaan dah jadi genting akibat main psikologi. kalau mereka beredar dari bumi lahad datu memang bonus besar buat angkatan bersenjata kita dan jika mereka bertindak melawan maka 100% mereka menempah geruh (bunuh diri). fizikal dan mental sudah lemah maka mudah menganyang mereka.
ReplyDeleteperlu di ingat, bagaimana keadaanya kerajaan Philipin menghadapi pemberontakan bangsa moro, setiap waktu ada sahaja pertumpahan darah yg berlaku.keganasan bagaikan tidak dapat di cegah. Kalau Askar-askar mereka gagal mengawal atau meneka gerakan oleh militan2 ini bagaimana kah kita boleh. mereka boleh saja masuk ke Sabah tanpa disedari dan melakukan serangan gerila ala komunis dari tempat persembunyian. keadaan tidak aman akan berlaku dan mungkin juga keselamatan jiwa akan terancam. Oleh itu Tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dengan seaman yang boleh adalah langkah yg tepat.
ReplyDeleteBg penyakit bjangkit je kt drg..confirm menyerah diri punya..
ReplyDeleteMungkin juga perancang sebenar pencerobohan ini memang mahu kan ada pertumpahan darah supaya pihak luar boleh campur tangan. Sebab itu yang datang pun bukan decision maker dan bukan juga si Penghasut. Tangan2 jahat ini menyorok dibelakang tabir menunggu keadaan runcing. Mereka ini memang harap rakyat mendesak pemimpin kita dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan drastik supaya cepat agenda jahat mereka tercapai. Tetapi kita semua mesti yakin sepenuhnya dengan keupayaan pihak keselamatan kita menangani isu ini. Bukan nak reka cerita tetapi tentera VAT kita antara yang terbaik di dunia, cuma low profile. Ini pernah diakui oleh pihak tentera luar (yang kita anggap canggih). Sama-sama lah kita bersabar dan berdoa keselamatan tentera kita. Kadang ada komentator disini juga instigate orang lain supaya mendesak KDN. Harap jgn lah terikut2.
ReplyDeletetq q bro very good cover lahad datu...gambar pun cantik..tpi sayang kerajaan lembab ..
ReplyDeleteSettle kan la secepat mungkin. Jika perlu bunuh. . .bunuh shj. Integriti pasukan keselamatan kita tercalar.
ReplyDeleteterbaik bro..pic2 yg menarik
ReplyDeleteHishamuddin, ko boleh resign sekarang...bikin malu Sabahan ja...serahkan tugas mengawal negara kepada yg benar2 layak...macam apa ja ko buat ATM...pui pigi dahi ko..
ReplyDeleteLahad Datu itu perkataan mereka yang bermaksud "Banyak Dato'". Mereka Islam Sunnah Wal Jamaah seperti kita.
ReplyDeleteSempadan pecah-perintah (Divide and rule) Filipina-Malaysia itu dibuat oleh Dajjalis Penjajah supaya kita umat Islam Sunnah bertelagah, berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Jadi janganlah menyokong para Dajjalis dalam hal ini.
Ingat, kita ini berada di akhir zaman. Jadilah umat Islam yang akan membantu Imam Mahadi kelak; bukan Dajjal!
Anonymous, Philippines, Palawan
ReplyDeleteAssalamualaykum...
I been following this news from the beginning, Sultan Jamalul Kiram and his followers already think that they are going to die or achieved their goals before entering Lahad Datu/Sabah, In my opinion negotiation will be first priority to avoid loss of life, in war both sides are loosing men and we all don't want this things happen It will be a tragedy to any family if someone of their family members die in this stand off and effect of this stand off will last long even this Jamalul Kiram & followers all dies...This intruders all are armed with M16,Carbine,M79 Grenade,AK47,RPGs,50 Caliber Machine Gun,Snipers,45 Caliber Pistol, Hand Grenades etc....I can say some of their weapons are outdated but it can still kill and penetrate human flesh... berdoa la kita semua tiada perkara akan berlaku yang tidak di-ingini... Assalamualaykum...
tangkap...dakwa di mahkamah, jgn usir pulang
ReplyDeletesatu sahaja,nak cakap...atm kite nie tak de telor,finish..sekian terima kaseh...tak payah cakap pung..pang strategy segala...cam mana 3x deadline tak berani action..KALAU KECOT TELOR BAIK KASIH SABAH FREEDOM SUDAH
ReplyDeleteTerkini 2 orang pejuang negara kita sudah syahid, kenapa tak ada yg komen lagi? Apa lagi yg perlu tunggu? Kenapa tak update on daily basis tentang hal ini? Tenyata kita dan penceroboh telah dimainkan oleh anasir terkutuk supaya berlaga sesama saudara seagama, jangan biarkan pejuang kita syahid sia-sia...
ReplyDeleteyg handle tu bukan atm la, pdrm...hisamuddin bukan menteri pertahanan...menteri dlm negeri...ngok!
ReplyDeleteSekarang Lahad Datu dalam huru hura...bebarapa balai polis telah diserang oleh kumpulan dari pilipina...re-enforcement dari pilipina dapat masuk dari tempat yang tiada penjagaan ketat...dah ramai polis & askar syahid tetapi tdk di sebarkan di dlam surat khabar, pihak media tdk deberikan izin untuk menyebarkan berita...
ReplyDelete