Thursday, February 14, 2013

Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah



Maklumat dr Ops room KK:

1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).

5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.

Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.

5 comments:

  1. Semoga Allah lindungi kedaulatan Malaysia!

    ReplyDelete
  2. tu gambor polis sbg perai cari joe mafia, tak gitu...?

    ReplyDelete
  3. ha ah.. aku main amik je pasal media clampdown hampir takde gambar bleh di tunjukkan

    sorry la kawan2

    -=ggk=-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan pic kat sabah tu kalau pakai hilux ni plat pun sabah..

      Delete
  4. takziah untuk perwira negara kita...pilipin laknatullah harus kita bunuh semua..kami orang awam memukul orang pilipin sampi mati kat kg senallang(semporna) mampus ko penceroboh sial!!

    ReplyDelete

Yah yah...no racist stuff ok ... i will delete it in no time .... and i hate politics, although i will allow political rants, be prepare for nasty flak from me if its contradict my view.

oh and please wrote your name even if its Anonymous. A person must responsible for his act and words. Dont be a coward.

Malaysia Military Power

Secret military development, black project and special operation News. Not for the faint hearted. Given past revelations of previously top secret military technology programs there is a good chance that some 'black' projects somewhere tinker with advanced nanotechnology applications. But, you keepers of military secrets, relax. This Spotlight is not a piece of investigative journalism into the world of military black projects. ........ok almost all are fiction lulz....and dont you know?

Parody

any humorous, satirical, or burlesque imitation, as of a person, event, etc

Satire

the use of irony, sarcasm, ridicule, or the like, in exposing, denouncing, or deriding vice, folly, etc.

Disclaimer:

If the picture doesnt have the blog address as a watermark, it means it was not edited by me. Also we intentionally photoshoped these picture in a low quality photo manipulation, because we dont want anyone to repost this as the truth.

Most of the article are not ours either. We edited it to be funny to fit nicely with the parody.TQ.

Use your common sense to differentiate the truth and the hoax.. i sometime mix it all in.

Any posting that doesnt have my name are my work and obviously the one with ikansadinmakanorang name are by him.