Wednesday, November 28, 2012

Misi Merentas Waktu 4 - 2012 di Ipoh Perak : BHG 1



As Requested i am writing this posting in Malay.

-=ggk=-

---------------------------------------

Salam Semua

Seperti yang kita sedia maklum PPPM telah menganjurkan buat kesekian kalinya Misi Merentas Waktu. Ini merupakan MMW pertama kita laksanakan setelah menjadi pertubuhan NGO.

Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia (PPPM) menjalankan aktiviti Misi Merentas Waktu 4 (MMW4) pada 24 dan 25hb. November 2012. Lokasi MMW4 pada kali ini adalah di Ipoh dan juga Taiping Perak yang akan melibatkan aktiviti kunjungan ziarah keatas tokoh-tokoh yang telah terlibat didalam misi mempertahankan Negara suatu ketika dahulu bagi menzahirkan penghargaan dan terima kasih diatas pengorbanan dan kesetiaan kepada Negara yang tidak berbelah bagi yang mereka telah buktikan demi keamanan negara.

Mengikut rancangan asal Tetamu istimewa MMW4 kali ini adalah Lt. Kol. (R) Robert Rizal Bin Abdullah PGB - Taping, Pegawai Waran 1 (R) Ielias bin Ibrahim PGB – Ipoh dan juga Komando Vat 69 (R) Saladin Bin Omar - Ipoh.

Hasil daripada lawatan ziarah bersama tetamu-tetamu istimewa ini, PPPM akan merekodkan dan memuatnaik kisah-kisah yang diceritakan oleh mereka (sesi temuramah) didalam laman forum rasmi PPPM bagi dikongsikan dengan warga-warga PPPM yang lain serta seluruh pengikut-pengikut laman forum PPPM. Ini adalah bertujuan agar generasi muda kini untuk terus menghargai jasa dan pengorbanan perwira-perwira Negara ketika menentang petualang Negara.

Disamping itu, MMW4 juga akan membuat lawatan keatas Muzium Rejimen Renjer yang terletak didalam Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra, Jalan Tambun, Ipoh bagi mengetahui serta menghayati sejarah Batalion tersebut yang mana batalion adalah diantara batalion telah berkhidmat dengan cemerlang sejak penubuhannya hinggalah kehari ini. Melalui lawatan ke muzium ini, peserta MMW4 akan dapat menghayati dan mendalami sejarah dengan lebih berkesan apabila dapat melihat dengan sendiri bahan-bahan sejarah yang dipamerkan disitu nanti.

sekain


beramai2 di hadapan muzium. Muzium ini boleh di lawati oleh orang awam. Walaupun begitu kedudukannya berada di dalam kem agak meyulitkan.

bersama2 kami ialah Kurator Muzium Mejar Zaharin

 

parang Ilang parang tradisi Iban menyambut kami.

MIFV buatan Korea di Bosnia Mortar 81mm


kenal tak yang dua dari kanan tuuuuuu ? dencdo


MIFV buatan Korea di Bosnia 


Surat dari ARBIH kepada tentera Malaysia di Bosnia



Jeneral UK Sir John Cheshire tulis guna bahasa melayu kepada komander Malaysia di Bosnia


Condor turun dari KD Raja Jarom dalam latihan serangan pantai 


Muzium ni bersih kemas dan terjaga 


Semua sejarah mengenai Rejimen Renjer DiRaja di ceritakan 



kalau tak silap Komander pertama 1 Renjer



SITREP pertempuran dengan pengganas


Pasukan Rintis Serang Renjer
 

Guna basikal seh
 

RRD adalah antara pengguna terawal raifal tempur Berreta

bersambung..........................

No comments:

Post a Comment

Yah yah...no racist stuff ok ... i will delete it in no time .... and i hate politics, although i will allow political rants, be prepare for nasty flak from me if its contradict my view.

oh and please wrote your name even if its Anonymous. A person must responsible for his act and words. Dont be a coward.

Malaysia Military Power

Secret military development, black project and special operation News. Not for the faint hearted. Given past revelations of previously top secret military technology programs there is a good chance that some 'black' projects somewhere tinker with advanced nanotechnology applications. But, you keepers of military secrets, relax. This Spotlight is not a piece of investigative journalism into the world of military black projects. ........ok almost all are fiction lulz....and dont you know?

Parody

any humorous, satirical, or burlesque imitation, as of a person, event, etc

Satire

the use of irony, sarcasm, ridicule, or the like, in exposing, denouncing, or deriding vice, folly, etc.

Disclaimer:

If the picture doesnt have the blog address as a watermark, it means it was not edited by me. Also we intentionally photoshoped these picture in a low quality photo manipulation, because we dont want anyone to repost this as the truth.

Most of the article are not ours either. We edited it to be funny to fit nicely with the parody.TQ.

Use your common sense to differentiate the truth and the hoax.. i sometime mix it all in.

Any posting that doesnt have my name are my work and obviously the one with ikansadinmakanorang name are by him.